Nama Program : BENGKEL JAWI
Tarikh : 25 MAC 2011
Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Cempaka , SMKTK
Penceramah : Ustaz Abdul Manan bin Ali
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
AKHBAR KITA...
Tinggal Pesanan
BENGKEL DR JAWI...
Sunday, March 27, 2011Posted by Ummi Umar at 6:57 AM 0 comments
CERAMAH MAULIDURRASUL 2011
Tuesday, March 15, 2011
Nama Program : MAULIDURRASUL 1432H
Tarikh : 11 MAC 2011
Masa : 8.30 pagi – 10.30 pagi
Tempat : Dewan Cempaka , SMKTK
Penceramah : Puan Che Raziyusnita Irni bt Hj Che Wan,
Penolong Pengarah Pengurusan Akademik Institusi Pendidikan Agama
Tajuk : REMAJA MUSLIMAH SEIRING SUNNAH
Posted by Ummi Umar at 1:20 AM 0 comments
LIQA' ILMU...
Monday, November 15, 2010
Nama Program : LIQA’ ILMU
Tarikh : 12 November 2010
Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat : Surau Al-Falahiyyah, SMKTK
Penceramah : al-Fadhil Ustaz Mohd Fairus bin Haji Mohd Isa (Penceramah Motivasi)
Posted by Ummi Umar at 12:58 AM 0 comments
KUIZ....
Saturday, August 28, 2010
Kuiz yang dikendalikan oleh Ustazah Siti Khadijah bt Abdul Razak...
27 ogos 2010 bersamaan 17 Ramadhan 1431H
Posted by Ummi Umar at 11:30 PM 0 comments
Labels: IHYA' RAMADHAN
Tazkirah Ramadhan...
Alhamdulillah....
Pada Jumaat yang lalu, 10 Ramadhan 1431 bersamaan 20 ogos 2010
Tazkirah Ramadhan telah disampaikan oleh Ustazah Razimah bt Mohd Damri. Semoga mendapat sedikit manfaat darinya....
Posted by Ummi Umar at 11:01 PM 0 comments
Labels: IHYA' RAMADHAN
Edisi 1 : KELEBIHAN RAMADHAN
Tuesday, August 10, 2010Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.
Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
-Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
7. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
8. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
9. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
10. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Posted by Ummi Umar at 3:05 PM 0 comments
Labels: IHYA' RAMADHAN